Monday, May 7, 2012

Kisah Al-Aqsa...

Andai Allah beri kesempatan.. teringin sangat nak pergi jejak ke Masjid Al-Aqsa... Antara 3masjid yang utama umat Islam perlu lawati...

Haritu tgk kat TV Al-Hijrah, beberapa wartawan pergi ke Palestin melawat keadaan di sana.. Sungguh saya kagum tengok Farah Deeba bawak anak kecilnya usia 2tahun, Muhammad pergi Palestin.. Dan dia langsung tak takut andai anaknya syahid di sana.. MasyaAllah.. sungguh besar pengorbanannya..

Sedikit coretan kisah yang benar2 menginsafkan... kat page Wardina...
1. MyMetro
2. Blog Wardina

Moga catatan2 ini terus memberi sumber inspirasi dan semangat kita untuk terus merindui bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa...

Wallahualam..

Tuesday, April 10, 2012

First school holiday!

Entry ni patutnya 2-3minggu lepas.. Tapi, sebab sibuk sangat simpan je dalam draft tunggu dia basi!!

Tahun ni, is the first year Zakwan merasa school holiday.. Walaupun takla school holiday sangat pun.. Kadang2, takyah tunggu school holiday pun, Zakwan cuti gak..

Tau apa yang mama suka bila Zakwan cuti sekolah?! Yeah, ble bangun lewat sikit pi antaq Zakwan pi daycare.. Selalu tu macam lipas kudung pagi2 kena hantar awai pi sekolah sebab Zakwan masuk kelas pukui 8.30am.. See, takdak la awai sangat pun.. Kadang2 Almost all the time pun Zakwan masuk kelas lewat.. kalu kena berdiri luar kelas, hari2 rasanya Zakwan kena denda!

Bukan apa, melalui tempoh2 kritikal skang nie, tidoq pun tak menentu ["burning the midnight oil" la katakan!].. Kul berapa terjaga, terus pi capai laptop, writing..  Pastu tidoq pun tak tau pukui berapa, kadang2 lepas Subuh baru dapat letak kepala.. Ada masanya, kami gilir2 bangun pagi.. Saya berjaga, suami tidoq, lepas tu dia berjaga amik turn mengadap laptop, saya amik turn tido plak [psycho hidup kami kan?!].. Pastu bangun pun dah agak2 matahari tinggi di langit.. sangat "permanent head damage -PhD"! (Cukuplah untuk sekali ini)... Kadang2 tak cukup tidoq, kepala rasa cam tak center ja sepanjang hari.. Tersiratnya, cover tidoq lebih banyak dari masa berjaga untuk study! [tak effective & tak efficient langsung!]

InsyaAllah.. saya yakin & pasti, ALLAH punya perancangan terbaik buat kami!

OK, Sila abaikan!

Disebabkan school holiday last-last-last week, kami pun bawak Zakwan pi jalan2, konon2 nak la Zakwan merasa macam murid2 sekolah yang lain, pi jalan2 makan angin time cuti sekolah dgn ibubapa! [Sambil2 mengurangkan psycho mama gak kan..]

Kadang2 sian gak kat Zakwan, cam kurang kasih sayang + perhatian plak bila kami dua2 sibuk study.. Betoi2 terabai.. So, cuti2 sekolah macam nie rasanya masa terbaik untuk luangkan masa buat dia..

Bawak gi jalan-jalan.. Main2... Having fun time...


Then, tara.. pi potong rambut.. Puas la pujuk.. Susah sangat, siap nangis2... Tapi, nak taknak mesti kena potong sebab dok nursery dapat kutu dari kawan2.. Sayang sangat kena potong pendek rambut dia... Mama sungguh stress!!


Lepas penat jalan... Then, kitorang berhenti solat kat petronas.. And see...

Sungguh mama rasa terharu! Sejuk perut.... Alhamdulillah...

That's all.. Itulah cerita cuti sekolah Zakwan!


IMAN..

Nikmatnya sebuah IMAN...
Andai Ia ada.. Pasti berbahagia hidup kita..
Andai Ia ada.. Pasti Allah sentiasa berada dekat dan hampir di hati...
Dan.. Andai Ia ada... 
Pasti jauh dunia kita tinggalkan, Bahagia akhirat kita sibuk kejarkan...


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. "


Monday, April 9, 2012

Hafazan Zakwan

Salam..
Lama tak update.. Sedikit perkembangan hafazan Zakwan.. Alhamdulillah, is now approaching 10 surah.. 20 surah more to complete 30surah Juz Amma.. Harapan mama dapatlah Zakwan menghafaz semuanya by age 4 or 5.. Then, harapnya dapat bersama2 Zakwan hafaz surah2 Al-Quran pula.. InsyaAllah..

Salah satu tips Kak Lina untuk hafazan anak2 adalah menyediakan satu note book kecik untuk catat surah2 yang dah berjaya anak2 hafaz beserta tarikhnya.. Tapi, smpai sekarang masih tak sempat nak buat.. huhu! So, mama letak di sini je untuk Zakwan dan nota mama..

Alhamdulillah.. sekarang Zakwan tgh menghafaz surah Quraisy.. Disebabkan agak busy lately ni, consistency tak dapat dicapai.. So, proses Hafazan banyak tertangguh dan memakan masa.. Hohoho..

Satu perkara tentang Zakwan nie.. dia sangat malu bila orang mintak dia hafaz depan diorang.. Selalunya dengan mama dan babah jelah.. Kalu orang lain, memang maap ler nak dengar dia menghafaz.. Sampai tua dia takkan bukak mula... Aritu, balik kampung, puas tok and wan pujuk suruh dia hafaz.. Sampai dah nak dekat balik sini baru la nak baca.. Kempunan orangtua ku nak dengar cucu mengaji...
Buat mama terfikir, mungkin dia taknak menunjuk2 kot.. Hehehe.. So, mama videokan jer semua sesi hafazan Zakwan untuk kenang2an di masa hadapan... Video will be upload soon.. Tata!

Wasalam...

 “Seorang ibu itu adalah madrasah. Apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul” - IluvIslam

Tuesday, April 3, 2012

Welcoming April with a big smile!


Alhamdulillah... Moga2 April memberikan banyak kegembiraan dan rezeki buat kami..
Walaupun jadual agak pack.. Tapi..InsyaAllah.. Akan lebih positif dan gembira menghadapinya.. [Chewah.. gaya2 cam apa jer..]

Nie gaya GEMBIRA orang baru balik kampung..
Yang baru dapat sedut udara2 membahagiakan dari kampung halaman...
Mood yang masih baik.. Harap dapat bertahan dari dicemari oleh debu2 dan asap2 kota!
Otak yang masih segar dan bertenaga.. Harap bertahan lama dari dirosakkan oleh stress2 kerja yang makin menimbun!
Perut yang masih kenyang dijamu masakan dari air tangan mak!
Harap selera itu bertahan sebelum schedule makan jadi lintang pukang semula bila dah start masuk lab!

BALIK KAMPUNG memang cukup membahagiakan!
THE BEST PITSTOP EVER!
MAKAN cukup, TIDUR cukup...
Percayalah.. Pulang sendiri dan nikmatinya...
Walaupun singkat tapi saya cukup BAHAGIA!
Hilang segala penat lelah..
ALHAMDULILLAH...


Memenuhi permintaan anak bujang nak naik 'aeroplane'...

Bumi yang akan sentiasa saya rindui... ^_*


Wednesday, March 28, 2012

Di saat memerlukan..

Saat-saat sukar, sila cepat berlalu.. Saya terlalu penat...
I need a pitstop!

Di saat saya amat memerlukan...



Sunday, March 25, 2012

Hidup yang semakin singkat...

Andai kutahu... Kapan tiba ajalku 
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku 

Andai kutahu.... Kapan tiba masaku 
Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku 

Aku takut.... Akan semua dosa dosaku 
Aku takut.... Dosa yang terus membayangiku 

Andai kutahu.... MalaikatMu kan menjemputku 
Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu 

Aku takut.... Akan semua dosa dosaku 
Aku takut... Dosa yang terus membayangiku 

Ampuni aku... Dari segala dosa dosaku 
Ampuni aku.... Menangisku bertobat padaMu 

Aku manusia... Yang takut neraka 
Namun aku juga Tak pantas di surga

Andai kutahu... Kapan tiba ajalku 
Izinkan aku Mengucap kata tobat padaMu 

Aku takut, Akan semua dosa dosaku 
Aku takut, Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku.... Dari segala dosa dosaku 
Ampuni aku... Menangisku bertobat padaMu... 
[UNGU - ANDAI KU TAHU]

Meraikan satu tahun yang telah terkebelakang meninggalkan diriku..
Meraikan satu hari yang semakin hampir mendekati kematian..
Patutkah meraikannya??


Syukur atas segala rahmat yang telah Allah berikan.. Terlalu banyak sehingga tak mampu dihitung...
Terlalu banyak sehingga kadang2 alpa untuk memanjat syukur..